China luaskan pemantauan virus selsema H7N9

Agensi
April 15, 2013 13:12 MYT
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Beijing (CDC) meluaskan pemantauan ke atas warganya yang kemungkinan dijangkiti virus selsema burung H7N9.
Kebanyakannya membabitkan mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan unggas termasuk peladang, penyembelih dan pekerja pengangkutan.
Bagi tujuan berkenaan, kementerian kesihatan China mengesyorkan 55 rangkaian makmal untuk melakukan pemeriksaan semula bagi kes-kes yang didapati positif.
Ia dibuat selepas salah seorang penghuni bandaraya berkenaan yang dikenali sebagai peng disahkan dijangkiti virus H7N9.
Bagi tujuan pencegahan keluarga dan rakan sekelasnya diletakkan di bawah pemantauan selama seminggu.
Ekoran penularan virus itu, pusat jangkitan wabak penyakit haiwan Beijing mengambil sampel darah dan mengesan unggas di daerah Syungyi, Beijing.
#Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Beijing (CDC) #selsema burung H7N9 #Syungyi