China lapor lebih 100 kes baharu, jumlah tertinggi dalam sebulan
Astro Awani
April 13, 2020 12:59 MYT
April 13, 2020 12:59 MYT
Suruhanjaya Kesihatan Kesihatan China mengumumkan 108 kes baharu jangkitan koronavirus pagi ini.
Angka ini merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh sebulan.
Kebanyakan kes jangkitan terbaharu ini merupakan kes import, dengan 98 daripadanya dijangkiti ketika berada di luar negara.
Baki 10 kes tempatan pula dikesan di wilayah Heilongjiang dan Guangdong, lapor CNN.
Walaupun China dikatakan punca penyebaran jangkitan yang menyaksikan lebih 1.8 juta masyarakat dunia, ia telah merekodkan pengurangan dramatik kes positif sepanjang bulan lalu.
Susulan kejayaan itu, perintah berkurung mula ditarik balik di seluruh negara.
Namun, pihak berkuasa kini mulai bimbang ekoran kes jangkitan dari luar yang semakin meningkat.
China merekodkan 82,160 kes positif dengan 3,341 kematian.
#COVID-19
#Guangdong
#Heilongjiang
#kes import
#kes positif
#koronavirus
#Suruhanjaya Kesihatan Kesihatan