China lancar kempen banteras pornografi, terbitan haram

Astro Awani
April 10, 2020 11:45 MYT
China memulakan kempen membanteras kandungan bahan pornografi dalam talian serta penerbitan haram di negara itu. -Gambar hiasan
Kerajaan China telah memulakan kempen membanteras kandungan bahan pornografi dalam talian serta penerbitan haram di negara itu ketika dunia bergelut melawan pandemik COVID-19.
Ia bertujuan menerapkan persekitaran sosial dan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakatnya.
Ruang maya menjadi fokus kempen tahun ini, lapor media tempatan Xinhua.
Menurut agensi yang dipertanggungjawabkan untuk kempen ini, pihaknya menyasarkan pembersihan bahan lucah dan jelik di platform penstriman langsung, video pendek, bahan bacaan dalam talian, permainan dan media sosial.
Kempen yang dimulakan bulan ini sehingga November itu juga menyasarkan bahan penerbitan yang boleh membawa mudarat kepada kanak-kanak, saluran berita tidak sah, peras ugut wartawan palsu dan cetak rompak.
#banteras bahan pornografi #COVID-19 #fokus kempen #koronavirus #media sosial #mudarat kepada kanak-kanak #penerbitan haram #saluran berita tidak sah #wartawan palsu
;