China laksana dasar pembaharuan sistem perubatan

Astro Awani
Mac 8, 2013 09:03 MYT
Kerajaan China berikrar untuk lebih agresif melaksanakan dasar pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan dengan mengutamakan perkhidmatan hospital awamnya.
Menurut Menteri Kesihatannya Chen Zhu kerajaan berharap pembaharuan berkenaan dapat memudahkan rakyat mendapatkan rawatan pad kos lebih murah dan berpatutan.
Sejak dasar pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan China dimulakan pada 2009, kerajaan telah menyuntik berjuta-juta yuan dana dan kemudahan bagi penambahbaikan semua hospital awam di seluruh negara.
China mempunyai lebih 20 ribu buah hospital, termasuk kira-kira 15 ribu buah hospital awam yang memiliki lebih 80 peratus sumber penjagaan kesihatan China.
Bagaimanapun hospital-hospital besar di bandar utama masih menjadi pilihan majoriti rakyat China berbanding hospital daerah.
Ini kerana mereka mendakwa hospital di kawasan mereka menyedikan kemudahan kesihatan yang tidak lengkap selain kos perubatan lebih mahal.
Sehubungan itu usaha pembaharuan yang lebih agresif ini diharap dapat mengawal kos rawatan dan perubatan.
Dengan langkah pembaharuan itu juga masalah yang wujud di banyak hospital, iaitu sumber kewangan amat bergantung kepada jualan ubat-ubatan akan diatasi menjelang 2015.
#Chen Zhu #Hospital #kerajaan china #sistem perubatan dan kesihatan
;