China kemas kini kad pengenalan pemastautin tetap mulai 1 Dis

Bernama
September 15, 2023 18:30 MYT
Pemegang kad baharu itu akan dapat mengendalikan urusan peribadi, seperti perjalanan, perbelanjaan harian dan kewangan melalui platform dalam talian. -Gambar hiasan/Reuters
BEIJING: China akan mengeluarkan kad pengenalan pemastautin tetap versi baharu mulai 1 Dis, yang akan memudahkan pemegang kad mengendalikan urusan peribadi mereka secara dalam talian, menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA), lapor Xinhua.
Pemegang kad baharu itu akan dapat mengendalikan urusan peribadi, seperti perjalanan, perbelanjaan harian dan kewangan melalui platform dalam talian, menurut NIA dalam satu sidang media pada Jumaat.
Kad pengenalan dengan reka bentuk baharu itu akan menggunakan teknologi antipemalsuan yang lebih maju.
Selepas 1 Dis, kad pemastautin sedia ada masih sah digunakan dalam tempoh ia berkuat kuasa, dan pemegang kad boleh memohon kad pengenalan versi baharu dalam masa terdekat.
Pengeluaran kad baharu itu bertujuan untuk menambah baik maklumat perkhidmatan pengurusan warga asing, menurut NIA.
-- BERNAMA
#kad pengenalan #warga asing #anti-pemalsuan #Versi baharu
;