China keluar kertas putih hurai konsep pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan

Bernama
September 26, 2023 06:10 MYT
Menurut kertas putih itu, sejak 10 tahun lalu, konotasi komuniti berkongsi nasib sesama insan terus berkembang dan disempurnakan, serta mendapat pengiktirafan meluas masyarakat antarabangsa. - Foto BERNAMA
BEIJING: Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih bertajuk "Berganding Tangan Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan: Anjuran dan Tindakan China", pada Selasa.
Menurut kertas putih itu, pada 10 tahun lalu, Presiden China Xi Jinping menganjurkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, demi memberikan jawapan kepada persoalan "ke manakah manusia", di samping menyediakan pelan China untuk bersama-sama melindungi Bumi dan berkongsi kemakmuran pada masa depan.
"Komuniti berkongsi nasib sesama insan bermakna nasib dan masa depan setiap bangsa, negara dan individu adalah saling berkaitan.
"Sejak 10 tahun lalu, konotasi itu terus kian berkembang dan disempurnakan, serta mendapat pengiktirafan meluas masyarakat antarabangsa," menurut kertas putih itu.
Konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan telah menjangkaui egoisme dan amalan perlindungan, memecah mentaliti hegemoni sesetengah negara, memaparkan pandangan China terhadap arah pengembangan umat manusia, selain amat bermakna bagi menggalakkan perpaduan, serta kerjasama pelbagai negara.
-- BERNAMA
#kertas putih #China #konsep pembinaan komuniti #komuniti berkongsi nasib sesama insan
;