China kecam tindakan AS ke atas Iran

Agensi
Ogos 25, 2020 10:52 MYT
Lijian (gambar) berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran. -Reuters
China pada Selasa mengumumkan untuk menyertai pakatan antarabangsa bagi mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) berhubung perjanjian nuklear Iran.
Menteri Luar Negeri China, Zhao Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran selepas negara itu mengambil keputusan untuk undur diri daripada perjanjian nuklear 2015.
“AS secara unilateral mengundur diri daripada perjanjian komprehensif susulan isu nuklear Iran.
"Ini bermakna ia membatalkan haknya sebagai peserta dalam perjanjian ini dan tidak berhak ke atas mekanisme 'snapback'.
“Ini sekali gus memberi bayangan pendirian anggota majlis keselamatan dan konsensus dari komuniti antarabangsa.
"Sekali lagi, unilateral adalah tindakan yang tidak popular dan tindakan buli ini tidak akan berjaya,” katanya yang dipetik AP.
Pentadbiran Presiden Donald Trump minggu lalu mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan semula sekatan ke atas Iran dengan alasan Iran sudah mencabuli perjanjian 2015.
Perjanjian nuklear Iran 2015 diluluskan resolusi majlis keselamatan termasuk peruntukan khusus untuk pembatalan beberapa terma.
Di bawah pentadbiran Trump, AS membatalkan penyertaan dalam perjanjian itu dan kemudian mengumumkan untuk melakukan sekatan ke atas iran.
Susulan daripada itu, China menyifatkan tindakan Trump sebagai membuli.
#2015 #Amerika Syarikat #AS #Beijing #buli #China #Donald Trump #Iran #keselamatan #menteri #PBB #Perjanjian nuklear Iran #presiden
;