China jalankan latihan kententeraan di sekitar Taiwan

Astro Awani
Ogos 7, 2022 01:30 MYT
Pesawat tentera China ketika latihan kententeraan yang dilakukan di sekitar Taiwan. - Foto AP
KEMENTERIAN Pertahanan China mengesahkan ia menjalankan latihan ketenteraan seperti yang dirancang di laut dan udara di utara, barat daya serta timur Taiwan.
Menurut media China, CCTV, latihan pada Sabtu itu memberi tumpuan untuk menguji keupayaan serangan darat dan sistem serangan lautnya.
Taiwan mendakwa bahawa latihan ketenteraan China itu sama seperti serangan ke atas pulau itu.
Ia selepas beberapa kapal perangan dan pesawat China melintasi garis tengah Selat Taiwan.
Angkatan bersenjata Taiwan turut mengeluarkan amaran, menghantar rondaan udara dan tentera laut di sekitar perairan pulau.
Taipei juga mengaktifkan sistem peluru berpandu sebagai tindak balas kepada latihan China.
Tentera Taiwan juga mendakwa, ia mengesan empat pesawat tanpa juruterbang di sekitar daerah luar pesisir Kinmen pada Jumaat.
Di bawah polisi 'One China', Beijing menganggap Taiwan masih sebahagian daripada wilayah kedaulatannya.
#latihan kententeraan #China #Taiwan #serangan darat