China, India setuju 'kekalkan keamanan' sepanjang sempadan yang dipertikaikan

Bernama
Ogos 16, 2023 20:21 MYT
Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan ketenteraan pusingan ke-18 pada 23 April tahun ini. - Gambar Astro AWANI
ISTANBUL: China dan India bersetuju untuk "mengekalkan keamanan" di sepanjang sempadan yang menjadi pertikaian di kawasan Ladakh di wilayah Jammu dan Kashmir.
Persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat peringkat komander kor China-India pusingan ke-19 yang diadakan di titik pertemuan sempadan Chushul-Moldo di Ladakh di sepanjang Garis Kawalan Sebenar (LAC) pada Ahad dan Isnin, lapor Agensi Anadolu.
"Sementara itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di kawasan sempadan.
"Mereka bersetuju untuk menyelesaikan isu-isu selebihnya dengan cara yang cepat dan mengekalkan momentum dialog dan rundingan melalui saluran ketenteraan dan diplomatik," menurut kenyataan yang dikeluarkan Beijing dan New Delhi lewat Selasa.
Pada Jun 2020, sekurang-kurangnya 20 tentera India dan empat tentera China terbunuh dalam pertempuran di sempadan.
Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan ketenteraan pusingan ke-18 pada 23 April tahun ini.
-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU
#perbincangan ketenteraan #momentum dialog #mengekalkan keamanan #menjadi pertikaian
;