China Eastern Airlines sambung operasi pesawat Boeing

Astro Awani
April 18, 2022 08:30 MYT
223 buah pesawat berkenaan digantung susulan nahas yang membunuh 132 penumpang, 21 Mac lalu. - Foto AP
China Eastern Airlines sambung semula operasi pesawat Boeing 737-800 untuk penerbangan komersilnya.
223 buah pesawat berkenaan digantung susulan nahas yang membunuh 132 penumpang, 21 Mac lalu.
Menurut syarikat berkenaan, ia telah menjalankan ujian sistematik, pemeriksaan struktur dan pengesahan data penerbangan bagi setiap pesawat.
Ujian penerbangan turut dilakukan ke atas semua pesawat sebelum menyambung perkhidmatan komersil.
Bagaimanapun pesawat 737-800 dengan nombor pendaftaran hampir sama dengan pesawat terlibat nahas masih melalui proses penyelenggaraan.
21 Mac lalu, pesawat MU5735 yang dalam perjalanan dari Kunming ke Guanzhou, terhempas di pergunungan Guanxi, mengorbankan 123 penumpang dan 9 anak kapal.
Insiden adalah nahas terburuk di China dalam tempoh 28 tahun.
Dua kotak hitam pesawat malang berkenaan sudah ditemui dan laporan awal dijangka dikemukakan dalam tempoh sebulan daripada kejadian nahas.
#China Eastern Airlines #Boeing 737-800 #pesawat #pemeriksaan
;