China buka empangan Sungai Huaihe usaha redakan banjir

Agensi
Julai 20, 2020 06:59 MYT
Lebih 150 maut atau hilang dalam banjir dan lebih 23 laporan tanah runtuh akibat hujan lebat sejak Khamis sahaja. (Foto AFP)
Pihak berkuasa China mula membuka empangan sungai bagi melepaskan air yang mengalir dalam usaha meredakan banjir di seluruh negara.
Media tempatan, CCTV melaporkan, pintu air empangan di Sungai Huaihe di provinsi Anhui dibuka selepas air naik melebihi paras yang ditetapkan.
Lebih 2,000 penduduk dipindahkan dari rumah mereka di kawasan simpanan banjir pada Isnin.
Banjir bermusim melanda sebahagian besar China setiap tahun, terutama di wilayah tengah dan selatannya, namun pada musim panas kali ini, banjir dilaporkan sangat teruk.
BACA: Dua juta penduduk China diarah pindah susulan banjir kilat, tanah runtuh
BACA: Hujan lebat, ribut kencang terus membadai selatan China
Lebih daripada 150 maut atau hilang dalam banjir dan lebih 23 laporan tanah runtuh akibat hujan lebat sejak Khamis sahaja.
Menurut Kementerian Pengurusan Darurat, kira-kira 1.8 juta orang dipindahkan dan kerugian akibat banjir dianggarkan lebih USD7 juta.
#banjir #China #empangan #hujan lebat #pindah #Sungai #Sungai Huaihe #tanah runtuh
;