China beri sokongan kepada Arab Saudi dalam kes pembunuhan Khashoggi

Astro Awani
Disember 25, 2019 23:50 MYT
Menteri Luar China, Geng Shuang. - Gambar fail
Kementerian Luar China menyatakan sokongan kepada Arab Saudi dalam mengendalikan kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.
Menteri Luar China, Geng Shuang berkata, kes berkenaan adalah urusan dalaman Arab Saudi dan seharusnya tidak dipolitikkan.
Sebaliknya, kata China, ia wajar dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diadili.
Pada Selasa, mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati kepada lima yang didakwa membunuh wartawan dan kolumnis Washington Post itu.
BACA: 5 dihukum mati bunuh Jamal Khashoggi
BACA: Arab Saudi bayar anak Jamal Khashoggi ribuan dolar setiap bulan sebagai pampasan
Pihak istana Arab Saudi menafikan penglibatan pewaris takhta kerajaan, Mohammed Salman, dan berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang pembunuhan pemberita tersebut.
Khashoggi, warga Arab yang mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat, dibunuh di bangunan konsulat Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober 2018.
BACA: Putera Mahkota Arab Saudi didakwa tidak terlibat kes pembunuhan Khashoggi
BACA: Pembunuhan Jamal Khashoggi satu kezaliman - Dr Mahathir
Sehingga kini, mayatnya masih belum ditemui.
#Amerika Syarikat #Arab Saudi #Beijing #China #Istanbul #Jamal Khashoggi #Kementerian Luar #mahkamah #Turki