China bebas jangkitan domestik COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut

Astro Awani
Mac 21, 2020 12:21 MYT
627 kematian dicatatkan pada Jumaat akibat COVID-19 iaitu peningkatan tertinggi yang pernah direkodkan dalam negara itu. - Gambar fail
TIADA kes jangkitan baharu dalam negara atau domestik dicatatkan dalam masa tiga hari berturut-turut di seluruh China.
Lapor BBC, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan memaklumkan, hanya 41 kes jangkitan dari luar negara dicatatkan pada Jumaat.
Tiada juga kes baharu dilaporkan di Wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan wabak COVID-19.
Baca: China sahkan tiada lagi kes jangkitan domestik COVID-19
Sehingga jam 10 pagi Sabtu, China masih mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 81,385 dengan 3,255 kematian direkodkan.
71,292 daripadanya sembuh sepenuhnya.
Namun Itali kini mencatatkan jumlah kematian lebih tinggi dari China dengan 4,032 kematian keseluruhannya.
627 kematian dicatatkan pada Jumaat akibat COVID-19 iaitu peningkatan tertinggi yang pernah direkodkan dalam negara itu.
Baca: COVID-19: Itali catat 627 kematian, 5,986 kes dalam satu hari
#Bebas #China #Hubei #Itali #jangkitan domestik #Kes #kesihatan #koronavirus #sifar
;