China bangunkan dua lagi vaksin COVID-19
Agensi
April 14, 2020 20:24 MYT
April 14, 2020 20:24 MYT
China meluluskan dua lagi ciptaan vaksin COVID-19 untuk percubaan klinikal, ujar Pengarah Sains dan Teknologi untuk Pembangunan Sosial di Kementerian Sains dan Teknologi China, Wu Yuabin.
Dua vaksin tidak aktif itu dibangunkan sekumpulan penyelidik yang diketuai Chen Wei, dari Institut Perubatan Ketenteraan di bawah Akademi Sains Ketenteraan.
Fasa pertama percubaan klinikal telah dilakukan pada akhir Mac lalu, manakala, fasa kedua bermula pada 12 April 2020.
China ketika ini sedang giat melakukan penyelidikan dan eksperimen ke atas lima vaksin COVID-19 dan perkembangannya adalah mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
China bagaimanapun tidak mendedahkan bila tarikh vaksin berkenaan akan dapat diperolehi sepenuhnya.