China bakal laksanakan projek jelajah bulan fasa keempat

Bernama
Februari 6, 2023 14:54 MYT
Sebagai cakerawala yang paling hampir dengan Bumi, Bulan merupakan antara destinasi pertama manusia untuk memulakan 'era antara bintang'. - Gambar fail
BEIJING: China akan melaksanakan projek penjelajahan ke Bulan fasa keempat yang membabitkan misi prob bulan Chang'e-6, Chang'e-7 dan Chang'e-8 pada tahun ini.
Sebagai cakerawala yang paling hampir dengan Bumi, Bulan merupakan antara destinasi pertama manusia untuk memulakan 'era antara bintang'.
Menurut ketua pereka projek penjelahan Bulan China, Wu Weiren, prob Chang'e-6 akan mengambil lebih banyak sampel dari belakang Bulan sehingga mencapai 2,000 gram.
"Chang'e-7 bersiap sedia untuk mendarat di kutub selatan Bulan dengan tugas utamanya menjalankan penerokaan flyby dan cuba mencari sumber air.
"Sementara Chang'e-8 dijangka akan dilancarkan pada tahun 2028," kata beliau.
Chang'e-7 dan Chang'e-8 akan mewujudkan bentuk asas stesen penyelidikan saintifik Kutub Selatan Bulan termasuk prob orbit, pendarat, rover, flyby Bulan dan beberapa instrumen pengesanan saintifik.
-- BERNAMA
#misi ke bulan #China #pengumpulan sampel #Chang'e
;