China akan tawar permit perjalanan khas untuk penduduk tetap bukan Cina di HK, Macao
Bernama
Julai 1, 2024 17:38 MYT
Julai 1, 2024 17:38 MYT
BEIJING: Pihak berkuasa imigresen China pada Isnin mengumumkan satu langkah baharu yang akan memudahkan penduduk tetap bukan Cina di Hong Kong dan Macao untuk melakukan perjalanan ke tanah besar China, lapor Xinhua.
Bermula 10 Julai, penduduk tetap bukan Cina di HK dan Macao layak memohon permit perjalanan khas untuk memasuki tanah besar, seperti yang diumumkan oleh Pentadbiran Imigresen Kebangsaan.
Menurut undang-undang asas kedua-dua wilayah itu, penduduk tetap asing Hong Kong dan Macao merangkumi warga China dan bukan Cina.
Pemegang dokumen itu akan dibenarkan memasuki tanah besar dalam tempoh sah laku lima tahun, dengan setiap penginapan tidak melebihi 90 hari.
Setelah melengkapkan prosedur seperti pengumpulan cap jari, pemegang boleh masuki melalui saluran pelepasan ekspres.
Bagaimanapun, jika pemegang dokumen bukan Cina berhasrat untuk bekerja, belajar, atau terlibat dalam aktiviti pelaporan berita di tanah besar, mereka perlu memohon visa atau permit kediaman mengikut undang-undang.
-- BERNAMA