China akan kenakan sekatan terhadap Pelosi, saudara terdekat - Beijing
Bernama
Ogos 5, 2022 23:13 MYT
Ogos 5, 2022 23:13 MYT
BEIJING: China akan mengenakan sekatan ke atas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi dan saudara terdekatnya berikutan lawatan "provokasi"nya ke Taiwan, menurut Kementerian Luar China pada Jumaat.
Lawatan Pelosi memberi tamparan hebat kepada dasar 'Satu China', menjejaskan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan, lapor Sputnik memetik kementerian itu dalam satu kenyataan.
"Berdasarkan undang-undang berkaitan, China telah memutuskan untuk mengenakan sekatan ke atas Pelosi dan saudara terdekatnya akibat tindakan provokasinya," menurut kenyataan itu.
China juga memutuskan untuk menghentikan rundingan mengenai perubahan iklim, kerjasama mengenai penghantaran pulang pendatang tanpa izin, bantuan berhubung jenayah dan undang-undang, serta memerangi jenayah rentas sempadan dan penyeludupan dadah dengan AS.
-- BERNAMA