China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu

Bernama
September 8, 2024 04:00 MYT
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad. - Foto hiasan/Unsplash
BEIJING: China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad, lapor Xinhua.
Hospital ini akan dibenarkan untuk dibuka di Beijing, Tianjin, Shanghai, Nanjing, Suzhou, Fuzhou, Guangzhou, Shenzhen dan di seluruh Pulau Hainan, menurut pekeliling yang dikeluarkan bersama oleh Kementerian Perdagangan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Pentadbiran Produk Perubatan Nasional bagi memperluaskan lagi program perintis untuk pembukaan dalam bidang perubatan.
Pekeliling itu menyatakan bahawa syarat, keperluan dan prosedur untuk menubuhkan hospital ini akan diperincikan kemudian.
-- BERNAMA
#China #hospital milik penuh warga asing #wilayah tertentu #Beijing
;