China: 17 maut, 3 cedera dalam kebakaran restoran
Bernama
September 28, 2022 21:45 MYT
September 28, 2022 21:45 MYT
CHANGCHUN: Seramai 17 orang maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran restoran di Changchun, wilayah Jilin di timur laut China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu.
Pasukan bomba menerima laporan mengenai insiden yang berlaku di zon pembangunan industri berteknologi tinggi Changchun pada 12.40 tengah hari waktu tempatan, lapor Xinhua.
Anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat dihentikan pada 3 petang.
Mangsa yang cedera kini dirawat di hospital dan punca kejadian sedang disiasat.
-- BERNAMA