Chile lulus RUU waktu bekerja 40 jam seminggu
Bernama
April 12, 2023 05:30 MYT
April 12, 2023 05:30 MYT
RIO DE JANEIRO: Ahli Parlimen Chile meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk mengurangkan waktu bekerja daripada 45 jam kepada 40 jam seminggu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Presiden Gabriel Boric akan menandatangani rang undang-undang itu dalam masa terdekat bagi membolehkan ia dikuatkuasakan, menurut kenyataan kerajaan pada Selasa.
Ini akan menjadikan Chile negara kedua di Amerika Selatan selepas Ecuador yang memperkenalkan waktu bekerja seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
"Hari ini kita akhirnya boleh meraikan kelulusan projek ini yang mengurangkan waktu bekerja - projek prokeluarga yang bertujuan untuk kehidupan yang lebih baik untuk semua," tulis Boric di Twitter.
Hak pekerja adalah tonggak utama program Boric, 37, yang dipilih menjadi presiden pada 11 Mac 2022, sekali gus menjadi presiden termuda di negara Amerika Selatan itu.
-- BERNAMA