Chile keluar amaran merah gunung berapi

Astro Awani
Disember 23, 2012 22:31 MYT
Pihak berkuasa Chile mengeluarkan tanda amaran peringkat merah selepas gunung berapi Copahue kembali aktif.
Ia dilapor memuntahkan abu panas dan gas sejak Sabtu.
Amaran berkenaan dikeluarkan pada Ahad selepas gunung di wilayah Biobio yang bersempadan dengan Argentina turut mencatatkan aktiviti seismik selain memuntahkan abu panas yang mencecah 1.5 kilometer di udara.
Bagi mengelak sebarang bencana yang tidak dingini, peringatan yang sama turut diberikan kepada pengendali syarikat penerbangan yang menggunakan laluan udara di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun tiada perintah berpindah dikeluarkan kepada penduduk kawasan berhampiran.
Unit Geologi Kementerian Perlombongan Chile diminta melakukan pemantauan rapi dalam linkungan 9 kilometer dari kawah Gunung Copahue .
Tahun lalu, beratus penerbangan terpaksa dibatalkan selepas gunung berapi Puyehue
di selatan negara itu meletus.
Ia memaksa beratus penerbangan terpaksa dibatalkan manakala beribu penduduk terpaksa dipindahkan.
#Chile #copahue #gunung berapi