Chile buka pintu sempadan kepada pengembara asing bermula 1 Oktober

Astro Awani
September 16, 2021 07:20 MYT
Petugas lapangan terbang mengambil suhu penumpang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Santiago. - Foto fail/REUTERS
SANTIAGO: Pintu sempadan Chile akan dibuka kepada pengembara asing yang telah lengkap vaksinasi bermula 1 Oktober depan.
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan negara itu, langkah itu adalah penting dalam memastikan kelancaran proses pembukaan semula pintu sempadan.
Jelasnya, syarat lengkap vaksinasi tersebut perlu disahkan melalui laman web kerajaan yang disediakan sebelum mengembara.
Tambahan itu, pengembara asing juga perlu mengesahkan ujian saringan negatif COVID-19 72 jam sebelum memasuki negara itu.
Antara lain, pengembara juga perlu mengemukakan bukti makluman berkenaan polisi insuran perubatan yang meliputi sehingga AS$30,000.
Kerajaan berharap langkah-langkah ini akan merancakkan semula sektor pelancongan menjelang musim panas.
#COVID-19 #vaksin #Pengembara #pintu sempadan
;