Chavez kekalkan Diosdado Cabello sebagai Presiden Dewan Perwakilan Kebangsaan
Astro Awani
Januari 6, 2013 12:14 MYT
Januari 6, 2013 12:14 MYT
Sekutu Presiden Hugo Chavez mengekalkan Diosdado Cabello sebagai Presiden Dewan Perwakilan Kebangsaan.
Langkah itu dianggap cukup penting kerana boleh memainkan peranan sebagai ketua pemimpin di dalam keadaan tertentu.
Cabello akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Perundangan. Beliau menang selepas mendapat sokongan majoriti daripada 165 kerusi Kongres.
Pelantikannya itu menjadi tumpuan menjelang beberapa hari sahaja lagi proses angkat sumpah Chavez selaku Presiden.
Bagaimanapun, acara yang sepatutnya berlangsung pada Khamis mungkin ditangguhkan selepas Chavez dilaporkan tenat menghidap masalah pernafasan selepas menjalani pembedahan kanser di Cuba.
Namun begitu, cadangan berkenaan dibantah keras barisan pembangkang. Mereka tetap mahukan Chavez melakukan angkat sumpah pada tarikh yang ditetapkan dan sekiranya gagal, tugas selaku Presiden wajar diambil alih secara sementara oleh Presiden Dewan Perwakilan.