Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Astro Awani
Mac 22, 2024 05:56 MYT
Mac 22, 2024 05:56 MYT
RAJA Britain Charles III berbangga dengan Kate Middleton, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya.
Jurucakap Istana Buckingham berkata pada Jumaat, kanser telah dikesan selepas pembedahan perut Kate pada Januari lalu.
Dalam kenyataan itu, Charles dikhabarkan sangat bangga dengan Kate kerana keberaniannya membuat pengakuan mengenai kanser yang dihidapinya.
Beliau juga mengakui "telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini" selepas menghabiskan masa bersama di hospital.
Charles dan isterinya Camilla "akan terus memberikan kasih sayang dan sokongan mereka kepada seisi keluarga dalam mengharungi detik-detik yang sukar ini."