Chad umum Kabinet baharu

Bernama
Februari 7, 2025 11:00 MYT
Mahamat Idriss Deby ketika mengangkat sumpah pada majlis perasmian pelantikan beliau sebagai Presiden Chad di N'djamena, Chad, 23 Mei 2024. - Gambar fail/REUTERS
YAOUNDE: Presiden Chad Mahamat Idriss Deby Itno mengeluarkan dekri pada Khamis malam bagi membentuk Kabinet baharu yang diketuai Perdana Menteri Allamaye Halina, yang dilantik sehari sebelumnya, lapor Xinhua.
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Kabinet baharu itu terdiri daripada 37 anggota, termasuk lima menteri negara, tiga menteri delegasi dan lapan setiausaha negara. Menurut kepresidenan Chad, pelantikan dibuat selepas perbincangan dengan perdana menteri baharu.
Beberapa jawatan penting dalam kerajaan disandang oleh Abdoulaye Sabre Fadoul sebagai Menteri Luar, Amina Priscille Longoh sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dan Issakha Malloua Djamous sebagai Menteri Angkatan Tentera.
Media tempatan melaporkan bahawa Kabinet itu turut merangkumi golongan wanita dan belia yang kali pertama menyertai kerajaan.
-- BERNAMA
#kabinet #Chad #Perdana Menteri Chad Allamaye Halina #Presiden Chad Mahamat Idriss Deby Itno
;