Ceritalah - Mandat Duterte yang terlepas
Karim Raslan
Februari 18, 2020 11:56 MYT
Februari 18, 2020 11:56 MYT
PADA Isnin 10 Februari, Peguam Negara Filipina, Jose Calida memfailkan satu petisyen "quo warranto" terhadap ABS-CBN, stesyen televisyen paling popular di republik itu (dengan lebih 72.3 juta penonton mingguan dan perkongsian tontonan sebanyak 47 peratus) dan juga dilihat sebagai pengkritik Presiden Filipina Rodrigo Duterte -- yang sebenarnya merupakan percubaannya untuk menghentikannya daripada siaran udara.
Kemudian, pada keesokan harinya, Setiausaha Hal Ehwal Luar, Teodoro Locsin Jr menandatangani sebuah notis menamatkan Persetujuan Lawatan Pasukan (VFA) dengan AS.
Banyak orang melihat orang kuat Filipina itu sebagai sosok tidak menentu seperti Trump.
Beliau tidak begitu.
Beliau seorang yang berfikir sebelum bertindak, mempunyai azam yang kuat dan bersifat kejam.
Tetapi, Duterte kesuntukan masa. Republik itu akan tidak lama lagi akan bersedia untuk pilihan raya Presiden 2020 yang mana bekas Datuk Bandar Davao itu tidak boleh bertanding (sejak jatuhnya Marcos pada tahun 1986, presiden hanya boleh menyandang jawatan untuk satu penggal enam tahun).
Soalan mesti ditanya, adakah Presiden Duterte melepaskan peluang untuk melakukan transformasi ke atas negaranya? Ketika mana ekonominya bergerak dengan baik (5.9 peratus pertumbuhan GDP dalam tahun 2019 menurut Bank Dunia), program infrastruktur 'Bina, Bina, Bina' bergerak teramat perlahan.
Adakah Duterte telah membazirkan mandat pilihan raya 2016 yang besar dan populariti peribadinya (87 peratus pada Disember 2019 menurut peninjau suara Pulse Asia)? Adakah menangani musuh-musuh peribadinya seperti ABSCBN, menendang keluar orang Amerika dan mengimbangi China telah mengalih perhatian Malacanang?
Pelaburan dari China amatlah kecil dan ia tidak seperti ASD9 bilion yang beliau janjikan pada tahun 2016. Malah penumbuhan perniagaan judi China atas talian yang mencurigakan di republik itu telah membawa kepada bantahan popular di kalangan orang Filipina biasa.
Tentunya Duterte tidak pernah menyembunyikan obsesinya. Beliau membenci ABSCBN dan keluarga Lopez yang banyak diceritakan, yang menguasai stesyen TV tersenarai awam adalah amat diketahui. Beditu juga dengan AS. Pada kedua-duanya rasa permusuhan beliau amat mendalam.
Pengakuan penuh: kolum "Ceritalah" saya dilanggan oleh ABSCBN dan saya telah muncul banyak kali di Headstart, pertunjukan berita awal pagi yang teraju berita utama Karen Davila (kawan baik saya) menyerang kesemua tamunya dengan kesungguhan serupa pada setiap seorang.
Pun begitu, usaha berterusan bekas Datuk Bandar itu terhadap ABSCBN digabung dengan serangan pentadbirannya ke atas portal berita atas talian rappler.com (diusahakan oleh bekas teraju CNN Maria Ressa) dan akhbar, Philippine Daily Inquirer menampakkan bahawa beliau dan tidak menghiraukan kebebasan media kepentingan kritikal terhadap semak serta imbang terhadap kuasa eksekutif.
Peguam Negara mendakwa bahawa ABSCBN telah terlibat dengan "amalan salah laku tinggi" termasuk dakwaan melanggar had pemilikan asing. Untuk makluman, syarikat media di Filipina mesti 100 peratus dimiliki pihak tempatan.
Langkah menentang AS adalah lebih dramatik, menandakan berakhirnya sejarah bersama penuh kisah selama 120 tahun.
VFA membenarkan pasukan Amerika digilirkan di Filipina untuk bantuan kemanusiaan dan latihan tentera. Kedua-dua negara mempunyai perjanjian-perjanjian lain termasuk Perjanjian Pertahanan Bersama 2014 dan Persetujuan Kerjasama Pertahanan Dipertingkatkan 2014 --- tetapi keduanya tidak berkesan tanpa VFA.
Untuk kepastian, Duterte sentiasa bersikap anti-Amerika. Sebagai Datuk Bandar Davao, beliau dilaporkan telah marah ke atas peristiwa tahun 2002 di mana agen-agen AS menjadi kontroversi dengan mengeluarkan seorang Amerika yang didakwa telah meletupkan sebuah alat letupan di sebuah hotel tempatan sebelum pihak berkuasa mendapat peluang untuk menyoal siasat lelaki itu.
Sebagai presiden, Duterte dikenali berkata bahawa beliau sedang "memisahkan" dari AS -- bekas tuan kolonial Filipina --- dan sebaliknya mendapatkan hubungan lebih rapat dengan China dan Rusia.
Tetapi kerjasama pertahanan dengan Amerika -- dimudahkan oleh VFA-- diteruskan.
Bagaimanapun, visa AS seorang bekas polis yang menjadi Senator sekutu pada Duterte, Ronald 'Bato" Dela Rosa telah dibatalkan yang dikatakan kerana penglibatannya dengan "Perang ke atas Dadah" berdarah oleh presiden itu.
Duterte -- yang sudah pun disimbahi dengan kritikan AS terhadap "perang" dadah dan isu-isu lain -- berikrar untuk meneruskannya dengan membatalkan VFA yang akan terhenti dalam masa 180 hari.
VFA adalah penting kerana ia menjadi penghalang agresi China. AS juga membantu menyediakan latihan dan bantuan teknikal kepada tentera Filipina termasuk semasa kepungan Marawi pada tahun 2017.
Duterte juga mendakwa bahawa pembatalan VFA menguatkan kedaulatan dan kemerdekaan Filipina.
Tetapi beliau dengan ketara membisu terhadap banyak pelanggaran China terhadap wilayah negara itu di Laut China Selatan / Filipina Barat.
Malah ketegasannya untuk mengambil risiko dengan China tidak dapat difahami memandangkan kebanyakan negara-negara ASEAN lain cuba untuk mengurangkan pergantungan ekonomi dan politik mereka terhadap Kerajaan Tengah itu, terutamanya sejak berlakunya panik Virus Corona.
Dan seperti Setiausaha Locsin akui dalam testimoninya pada Senat, "Menghentikan VFA akan memberikan kesan negatif terhadap susun atur pertahanan dan keselamatan Filipina" . Beliau juga mencatatkan bahawa AS adalah rakan kongsi dagang ketiga terbesar Filipina (dinilai pada ASD8.7 bilion), pasaran eksport terbesarnya, sumber pelaburan kelima terbesar (PHP 12.9 bilion) dan sumber pelancongan ketiga terbesar (1 juta kedatangan pada tahun 2018).
Lagipun, tindakan Duterte menjejaskan kepentingan 3.3 juta diaspora Filipina di Amerika yang menyumbang 36.8 peratus kiriman -- sumber tertinggi negara itu. Tambahan pula dengan 1.2 juta orang Filipina yang bekerja dalam Outsourcing Proses Perniagaan (BPO) -- banyak daripadanya digaji oleh firma Amerika?
Presiden-presiden Filipina hanya mempunyai satu peluang. Duterte telah melepaskannya.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.