Ceritalah India - Laddoos atau Barfi? UP kaya dengan pilihan politik
Karim Raslan
Februari 17, 2019 13:51 MYT
Februari 17, 2019 13:51 MYT
BAGI Shrikanth Porwal, 'Bekerja adalah ibadat'. Penjual manisan berusia 58 tahun dari bandar raya bersejarah Allahabad di Uttar Pradesh (atau UP) ini sibuk menepis soalan saya mengenai kunjungan ke kuil.
Sebaliknya, beliau menunjukkan buku catatannya dan satu puisi bertulis tangan:
"Tuhan hidup dalam perwatakan; Bukan pada gambar-gambar; Binalah kuil dalam batin anda"
Beliau adalah seorang Hindu dari kasta Baniya. Ia adalah suatu kasta atasan: pedagang berharta, berpengaruh tetapi bilangannya agak kecil - dianggarkan terdapat 28 juta di keseluruhan republik. Mereka juga adalah antara penyokong teras BJP, parti yang memerintah.
Sungguhpun begitu, Shrikanth adalah seorang yang kacak. Beliau tidaklah tinggi tetapi bertubuh sasa dan menyerlahkan senyuman manis ketika menyerahkan kotak-kotak berisi koya, peda dan barfi pada pelanggan-pelanggan gerainya.
Kedainya, besar sedikit daripada sebuah 'lubang pada dinding' ialah di Chowk, pasar tradisi bandar raya itu, dengan siratan jalan dan lorong yang semakin sibuk dengan terbenamnya matahari. Terdapat motosikal, kereta tarik, trak, beca, kereta dan bas, puluhan ribu pejalan kaki dan sekumpulan lembu tidak berpunya.
Kebisingan hampir tidak tertahan. Hon dan deruan enjin sentiasa berbunyi: "Saya memandu, maka saya membunyikan hon." Ia adalah seperti setiap inci yang diduduki menjadi rebutan. Inilah jantung dataran Gangga: luas, subur dan berpendudukan padat.
Jika UP adalah sebuah negara. Penduduknya lebih ramai berbanding Brazil atau gabungan Jerman, Perancis dan UK. Allahabad, bagaimanapun bukan ibu negeri, Lucknow di sebelah utara adalah ibu kota.
Terletak di tenggara UP, ia adalah juga pusat intelektual negeri. Terdapat Universiti Allahabad yang berusia 132 tahun yang beprestij, dan kompleks mahkamah tinggi terbesar di Asia --- itu adalah sebab utama mengapa keluarga Nehru-Gandhi menjadikan bandar raya itu sebagai tempat mastautin mereka.
Tetapi kedudukan Allahabad --- tersudut antara sungai Yamuna dan Gangga, melaburkannya dengan kekuatan kerohanian yang berat. Maka, setiap dua belas tahun pada musim berpertanian rendah, ada 120 juta penganut berhimpun di Kumbh Mela, mandi di "Triveni Sangam", kuala yang menemukan dua sungai ini dan dengan satu lagi, -- Saraswati yang mistik -- mencuci dosa-dosa mereka.
Shrikanth iadalah seorang pengunjung biasa, walaupun sebenarnya, acara enam tahun sekali yang dikenali sebagai Ardh Kumbh (atau separuh Kumbh) adalah suatu acara sederhana. Tetapi oleh kerana pilihan raya semakin hampir, Ardha Kumbh dinaikkan taraf. Skalanya lebih besar daripada perhimpunan sebelum ini dengan didanai kira-kira ASD589 juta dalam bentuk sumbangan kerajaan, acara itu menjadi gemilang, mesra rakyat dan berkorporat: pendek kata, suatu langkah untuk mendapatkan undi secara licin, dan ia merupakan suatu ciri klasik Perdana Menteri Narendra Modi..
"Ia merupakan kebanggaan Allahabad," tegas penjual manisan itu sebelum mengakui bahawa ia mungkin dipolitikkan pada tahun ini, dengan menambah: "Ia lebih tersusun daripada sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa kerajaan tahu bagaimana untuk meletakkan keutamaan - itulah yang menyebabkan mengapa semua kita mengundi BJP."
Berjalan keliling Kumbh keesokan paginya, adalah sukar untuk tidak setuju dengan Shrikanth. Dalam negara yang terkenal dengan kesesakan, perhatian terhadap perkara terperinci - tandas awam, kawalan orang ramai yang bertali arus, medan-medan selera dan pencahayaan berskala stadium, belum dikira lagi hamparan baharu jerami di atas tebing sungai berpasir untuk berjalan lebih mudah - adalah hampir pada perasaan tidak selesa.
Tetapi dengan UP menghantar lapan puluh wakil ke Lok Sabha (atau dewan rendah Parlimen), kedua-dua Allahabad dan Kumbh Mela telah jadi bertambah penting tahun ini, lebih-lebih lagi kawasan Modi, di kota suci Varanasi, hanya tiga jam ke timur.
Malah, tidak ada parti boleh secara realistik menjangka dapat memerintah India tanpa sokongan UP. Pada tahun 2014, BJP yang mendapat manfaat daripada perpecahan pembangkang, menang sejunlah tujuh puluh satu kerusi di negeri bertutur Hindi itu.
Bagaimanapun, bagi 2019, walaupun dengan kejayaan Kumbh, ia akan berbeza. BJP menghadapi persaingan sengit dengan perikatan Parti Bahujan Samaj (BSP)-Parti Samajwadi - satu pakatan oleh bekas Ketua Menteri Mayawati dan Akilesh Yadav. Pada pilihan raya lalu, SP memenangi lima kerusi dan tiada kerusi bagi BSP sungguhpun kedua-dua parti mendominasi negeri sejak kira-kira lima belas tahun lalu.
Dua parti itu menarik kumpulan-kumpulan berbeza, dengan BSP menarik komuniti Dalit dan SP, kelas menengah dan orang Islam. Mereka sepatutnya, jika berjaya, membentuk suatu blok undian yang hampir kebal.
Sudah tentu, tidak ada siapa boleh mengenepikan pembinaan infrastruktur BJP yang mengkagumkan. Allahabad telah ditransformasikan. Bekalan kuasa dapat diharapkan dan jejantas banyak dibina, termasuk satu yang saya guna untuk menuju ke Chowk (berada di tengah-tengah kota), yang telah siap dalam masa kurang lapan bulan --- satu pencapaian yang jarang berlaku di negara ini.
Boleh jadi perkara inilah yang menyebabkan sebahagian daripada orang Allahabad tidak percaya bahawa pihak lain boleh menang. Bagi seseorang seperti Shrikanth, tidak ada alternatif pada BJP: "Rahul Gandhi terlalu kurang pengalaman, dan yang lain hanyabekerja untuk komuniti masing-masing dan bukannya demi kebaikan semua orang India," katanya sambil menyusun ladoos dalam kotak untuk pelanggannya. Perkara ini berlaku walaupun terdapat kecergasan yang diperbaharui dalam kempen Kongres, terutama selepas penyertaan Priyanka Gandhi - yang banyak orang percaya mempunyai iras penampilan serupa dengan neneknya, Indira - ke dalam politik aktif.
Sungguhpun begitu, beliau akui bahawa perniagaan di Chowk belum pulih sejak pelaksanaan GST dan demonetisasi. Tambahan pula, Kumbh sendiri telah membawa perniagaan ke bandar raya yang mempunyai 1.1 juta penduduk itu, dengan kebanyakan pelawat dilencongkan ke kawasan perkhemahan besar di luar sempadan Allahabad.
Maka, adakah pelaburan kerajaan ke atas suatu perayaan besar Hindu dalam negara yang berperlembagaan sekular itu adalah suatu yang menguntungkan? Tarikan kelas menengah, para pengundi Baniya seperti Shrikanth tidak dapat dinafikan. Adakah kasta-kasta lain akan mengikut jejak itu? Adalah suatu yang menarik untuk melihat bagaimana Allahabad - kota yang menghasilkan enam perdana menteri - dan negeri itu mengundi.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
#Allahabad
#Ceritalah ASEAN
#Ceritalah India
#Hindu
#India
#Karim Raslan
#kasta
#penjual manisan
#pilihan raya
#Uttar Pradesh