Ceritalah ASEAN - Lingkaran Api Pasifik: 'Alam' ingatkan rapuhnya hidup
Karim Raslan
Oktober 15, 2018 13:43 MYT
Oktober 15, 2018 13:43 MYT
PEMASTAUTIN di Asia Tenggara (seperti saya) tidak boleh memandang rendah keupayaan alam semesta.
Beberapa minggu lalu, kepulauan Palu di Donggala, Sulawesi Tengah mengalami perubahan bentuk muka bumi drastik akibat pencairan tanah (soil liquefaction) selepas dilanda tsunami ekoran gegaran gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter pada 28 Sept lalu.
Sebelum saya berpindah ke Indonesia kira-kira 15 tahun lalu, satu-satunya pengalaman saya merasai gegaran gempa bumi adalah ketika saya berusia 17 tahun di Kuala Lumpur. Menurut ibu, -- saya sedang nyenyak tidur ketika kejadian - walaupun televisyen kami dilihat bergerak perlahan merentas bilik di rumah kami pada waktu itu.
Kedudukan maritim Asia Tenggara di Filipina dan Indonesia adalah berbeza. Kedudukannya yang strategik di atas 'Lingkaran Api Pasifik" (Pacific Ring of Fire), ia merupakan rangkaian plat tektonik yang bersifat tidak stabil, gugusan kepulauan di Filipina dan Indonesia akan sentiasa aktif sebagai tapak kegiatan seismik atau gempa bumi.
[Di Indonesia, masyarakatnya berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa 'alam' akan sentiasa hadir dan bukannya suatu ancaman.]
Sejak 15 tahun lalu, Republik yang mempunyai kepadatan penduduk sekitar 260 bilion penduduk itu telah menyaksikan ratusan becana alam termasuk letupan gunung berapi dan gempa bumi.
Bilangan gegarannya yang begitu kerap berlaku menyebabkan pentadbir pejabat saya di Jakarta memilih premis tingkat bawah akibat takut terperangkap ketika gempa bumi berlaku.
Buku-buku nota saya penuh dengan catatan pengalaman langsung, kisah orang biasa menghadapi unsur-unsur alam dan cara membina semula kehidupan selepas kehilangan orang-orang tersayang.
Setiap pengalaman adalah berbeza. Begitu juga, kemunculan 'alam' di Indonesia yang sememangnya bersifat tidak menentu.
Pada tahun 2006, Gunung Merapi, salah satu mercu tanda di Jawa Tengah tiba-tiba meletus dan memuntahkan lahar panas, tanpa rasa belas pada penduduk tempatan yang kehilangan bukan sahaja tempat tinggal namun ahli keluarga tersayang.
Ketika itu, tumpuan dunia diberikan kepada pengaliran lahar, pergerakan plat tektonik secara tiba-tiba yang mengakibatkan gempa bumi seperti pukulan yang cukup kuat sehingga mampu menggegarkan perkampungan di daerah Bantul sehingga beratus batu jauh ke selatan dan mengorbankan lebih 5,000 individu.
Sama juga dengan apa yang berlaku pada awal tahun ini; ketika masyarakat di Bali sedang bersiap-sedia untuk berkunjung ke Gunung Agung, gunung keramat ini meletus lalu memuntahkan lahar panas dan debu tebal selama beberapa minggu.
Kawasan di Lingkaran Api Pasifik apabila pulau Lombok turut digegarkan dengan gempa bumi besar sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa.
Di Aceh, seorang mangsa yang ditemu bual penulis berkongsi pengalaman pahit ketika tsunami pada tahun 2004 yang mengorbankan ribuan nyawa. Beliau berkongsi saat genting 'ditelan' air garam kotor dan perasaannya ketika diberitahu berita kematian anak perempuan bongsunya dalam tragedi pada 26 Disember, 2004.
Tahun 2006 merupakan tahun yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk di daerah Bantul, Jawa Timur selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan bumi di daerah yang mempunyai populasi kurang dari 1 juta penduduk itu.
Namun, apabila berlaku bencana alam seumpama gempa bumi berkenaan, seperti yang berlaku di Gunung Kidul, Jogjakarta dan memuntahkan debu lebih 160 juta meter padu yang mengandungi nutrien ke arah langit Jawa Timur, hasil tuaian tanaman sangat lumayan.
Menurut pelatih saya, Destya Darmawan yang ladang keluarganya berdekatan dengan Kediri di Jawa Timur selepas letupan debu itu, hasil tuaian nenas mereka berlipat-ganda dan pengeluaran padi meningkat 50 peratus dari biasa!
Bencana alam tidak menyebabkan seseorang lebih mudah menerima kehilangan nyawa, kekurangan upaya dan kemusnahan harta benda. Adakalanya, ia membuatkan seseorang lebih faham kepentingan kepercayaan dan amalan keagamaa di Indonesia terutamanya di kepulauan Jawa.
Lumrahnya, plat pergerakan tektonik memberikan tekanan tinggi sehingga melonggarkan struktur tanah sehingga menjadikannya cecair.
*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI