Ceritalah ASEAN - Budaya dan politik muzik funky Molam di Isaarn

Karim Raslan
Ogos 11, 2018 06:31 MYT
Patiwat Saraiyaem (lebih dikenali dengan nama pentasnya, Molam Bank, atau secara ringkas sebagai Bank) adalah seorang penyanyi 29 tahun dari wilayah Sakon Nakhon. -Muhaimin E-Taela
"PADA suatu ketika aku dengar suaramu, kasihku.... Hatiku mencair dan melemah.
"Oh! Lihatlah dirimu!
"Wajahmu, seolah-olah dilukis oleh para dewa."
Muzik Molam ada jiwa. Rentaknya menusuk, lagunya mengharukan -- cinta telah menang, tetapi umumnya hilang di bendang padi yang luas tidak berpenghujung di Bangkok, yang mana dunia Thai bergabung dengan budaya tanah bukit rakyat Lao.
Mungkin cara paling mudah untuk memahami bagaimana Molam sesuai (atau tidak) di Thailand adalah untuk menganggapnya seperti muzik "Country & Western" yang selamanya ditolak oleh metropolitan New York dan Los Angeles, namun terus hidup. -- di luar -- di Nashville dan tempat-tempat lain di Selatan (Amerika Syarikat).
Khaen -- sebuah organ mulut buluh tanpa ranting yang selalunya berbilah enam belas -- memberikan asas polifonik kepada Molam.
Dengan bunyinya yang gemersik, khaen menonjolkan kebanggaan identiti Lao -- yang telah lama pemimpin Thailand berusaha untuk membendung.
Ketegangan antara polisi penyeragaman Thaifikasi dan kerancakan membumi wilayah-wilayah pinggiran --- seperti mana daerah Isaarn, yang penduduknya berjumlah lebih 21 juta --- berada dekat di hati penduduknya dalam sejarah politik Thai.
Pasukan Ceritalah berada di wilayah Khon Khaen baru-baru ini untuk menikmati Molam (muziknya ADALAH hebat) dan juga bagi merasakan ke mana arah politik Isaarn dengan akar budaya Lao yang mendalam itu.
Selama hampir 20 tahun, Shinawatra merupakan kuasa dominan di wilayah itu. Polisi-polisi pro-petani telah mengaut sokongan yang mendalam dari seluruh Isaarn.
Paling popular ialah skim Liputan Penjagaan Kesihatan Menyeluruh yang diperkenalkan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra bagi memberikan kemudahan penjagaan kesihatan kepada lebih dua pertiga penduduknya.
Patiwat Saraiyaem (lebih dikenali dengan nama pentasnya, Molam Bank, atau secara ringkas sebagai Bank) adalah seorang penyanyi 29 tahun dari wilayah Sakon Nakhon.
Beliau telah membuat persembahan sejak berusia 13 tahun. Beliau adalah seorang pelakon pentas, walaupun ia akan membawa kembali ingatan pahit padanya.
"Saya ditahan di Bangkok pada tahun 2014 dan kemudian dipenjarakan kerana lese majeste. Saya dibebaskan pada Ogos 2016.
"Saya berlakon sebagai penasihat kepada Raja Thai dalam satu pertunjukan pentas bernama "Pengantin Serigala". Saya berkata mengenai beberapa perkara yang tidak sepatutnya....
"Maaf, saya tidak boleh ulangi kata-kata itu," Bank memohon maaf dengan ketawa yang bernada bimbang.
Persembahan kontroversi Bank memperingati detik kelam dalam sejarah moden Thai --- pembunuhan ramai di Universiti Thammasat pada tahun 1973 yang mengerikan dan mengorbankan lebih 100 pelajar dan mencederakan lebih 800 orang apabila tercetus kebangkitan membantah pemerintahan komander tentera Thanom Kittikachorn yang merebak di luar kawalan.
Peruntukan-peruntukan lese majeste adalah luas: Fasal 112 Kanun Keseksaan memenjarakan sesiapa yang "memburukkan, menghina atau mengugut" monarki hingga 15 tahun. Ia merupakan undang-undang yang langsung tidak berubah sepanjang 11 dekad.
Jelas bahawa ucapan dan juga budaya telah menjadi satu lagi medan tempur di Thailand yang semakin hebat dipolitikkan.
Sungguhpun begitu, kerajaan junta pimpinan Prayut Chan-o-cha telah berusaha untuk mendapatkan sokongan pengundi Isaarn menjelang Pilihan Raya Umum yang amat dinantikan dan bakal diadakan sebelum Februari 2019 (jika ia benar-benar akan berlangsung).
Walaupun terdapat kritikan elit Bangkok terhadap polisi kebajikan sosial Shinawatra, 11.7 juta rakyat -- kebanyakannya tinggal di Isaarn --- menerima kad kebajikan sosial yang memberikan mereka THB200 hingga THB300 sebulan di bawah kerajaan Prayut.
Tetapi apabila mendengar muzik Bank di Khon Kaen, semua itu dirasakan jauh sekali.
Berbekalkan sebuah khaen dan organ elektrik, badannya mula bergerak mengikut rentak ketika tangannya melambai dan melentok mengikut irama.
Sedar dengan kebencian ketara Bangkok terhadap semua perkara melibatkan Lao dan Isaarn, lagu-lagu Bank semakin khusus dan bercirikan politik, walaupun sifatnya lembut.
"Negara telah berusaha mengasimilasikan Molam untuk menjadi "bentuk lebih tinggi", lebih sesuai bagi aristokrat dan elit," kata Bank.
Tetapi seniman itu berusaha semampu yang boleh untuk menghalang apa yang beliau lihat sebagai penjinakan suatu warisan dan budaya yang kaya.
"Saya cuba membantu untuk mengubah Molam dengan mencampurkan apa yang baharu dan lama, supaya Molam terus hidup untuk menjadi sesuatu yang semua orang boleh nikmati -- bukan saja golongan elit. Molam adalah untuk semua orang dan saya akan sentiasa memainkan Molam untuk rakyat."
#Ceritalah ASEAN #Karim Raslan #Molam #muzik #Thailand
;