Ceritalah ASEAN - Ampannee Satoh merakam perjuangan melalui lensa

Karim Raslan
Julai 19, 2018 10:37 MYT
Ampannee Satoh menikmati pemandangan dengan latar belakang sawah padi. Ketenangan di Kota Pattani didukung jumlah penduduknya yang hanya 44,000 orang. Muhaimin E-taela/Ceritalah
"KAMERA pertama saya adalah sebuah Canon kecil pakai buang. Pada masa itu tentunya semuanya dalam bentuk filem."
Ia adalah Ahad petang di pinggiran Kota Pattani dan Ampanee Satoh duduk di depan suatu latar belakang bendang padi yang melaut terpancar di bawah suatu langit biru dengan sinaran matahari yang panas terik. Ia adalah suatu pemandangan tenang (hanya 44,000 orang tinggal di kota itu) walaupun hakikatnya sebutir bom meletup sehari sebelum itu di wilayah berjiran, Yala.
"Sekarang saya menggunakan sebuah Nikon D200," kata jurugambar berusia 28 tahun itu -- yang merupakan seorang Islam --- sambil tertawa.
Terdapat sebuah ruang galeri putih jelas beberapa meter jauh. Foto berformat besar digantung pada dinding --- potret seorang wanita yang tidak dikenali berselubung dengan kain hitam. Hampir kesemuanya memaparkan model-model yang sepenuhnya ditutup kecuali segaris kulit atau mata.
"Karya-karya ini meneroka konsep kesopanan dan kehormatan seperti mana yang diungkapkan dalam Quran. Ia merupakan langkah kembali kepada teks. Saya mahu menumpukan semula perhatian orang terhadap adat pakaian wanita."
Siri aneh Ampanee' "Cahaya" dipamerkan di salah satu tempat acara budaya Thailand Selatan terkemuka. Patani Artspace, sebuah ruang perjumpaan dan galeri seni yang mempamerkan karya serantau kontemporari oleh pelukis Jehabdulloh Jehsorhoh dan Muhamadsuriyee Masu.
"Tidak semua wanita yang memilih untuk menutup diri mereka hanya dengan hijab --- banyak daripada mereka di Selatan memakai burka," merujuk pada wilayah selatan Thailand, Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Yang tiga pertama itu --- wilayah paling selatan --- secara tradisi menjadikan mereka "Selatan", yang mana lebih 80 peratus daripada penduduk keseluruhannya adalah Muslim.
Lahir di Daerah Yarang, Pattani, Ampanee pertama kali memulakan penerokaan fotografinya di rumah. "Di sekolah tinggi saya mengambil gambar keluarga saya.. ia hanyalah sesuatu yang menyukakan hati saya.".
Pada usia 19 tahun, beliau belajar di Universiti Rangsit Bangkok --- di mana beliau sekarang tinggal dan beri kuliah --- untuk belajar Fotografi. "Saya tidak ada rancangan kerjaya dalam hidup. Saya sentiasa mencintai fotografi."
Pada tahun 2010, ketika suatu konflik berlaku di Selatan dan sebahagian daripada Songkhla antara Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang militan dan kerajaan Thai reda, Ampanee pergi ke Perancis untuk terus belajar fotografi.
"Ia adalah di Arles dan saya mula memakai hijab. Saya hendak cuba sendiri dan merasakan bagaimanakah yang ditanggung oleh mereka yang didiskriminasikan." Pada masa itu, bekas Presiden Nicolas Sarkozy telah mengisytiharkan bahawa burka dan penutup muka "tidak disambut baik" di Perancis.
"Saya tidak boleh percaya apakah yang sedang berlaku. Ia dirasakan tidak dapat diterima."
Setelah disedarkan mengenai kesusahan hidup wanita Islam Perancis, beliau menumpukan perhatian kepada penderitaan yang dihadapi oleh wanita negaranya atas sebab kekerasan yang terus berlaku.
"Saya telah mengambil gambar wanita tempatan sebelum saya pergi ke Perancis, tetapi sekarang saya hendak melakukan lebih daripada itu --- terutamanya bagi mereka yang memakai hijab, burka dan penutup muka -- untuk menceritakan kisah hidup mereka menghadapi konflik di sini. Saya mahu menghebahkan mengenai janda-janda yang menghadapi kekerasan dan penderaan apabila suami-suami mereka dibunuh oleh pihak tentera."
"Sejak 2001, sekurang-kurangnya 3,000 wanita yang menjadi janda di Selatan dan sebahagian di Songkhla "Mereka perlu memelihara anak mereka sendiri. Ia amat sukar."
Sememangnya, "kesukaran" itu mungkin perkataan ringan bila hendak menceritakan kengerian yang dihasilkan oleh kekerasan itu.
Pada Oktober 2004, anggota tentera dan polis menembak mati 7 penunjuk perasaan di Daerah Tak Bai di Narathiwat. Mereka juga menahan 78 lelaki, dengan tanpa perikemanusiaan telah melonggokkan mereka di atas lori seperti bangkai haiwan. Tidak ada yang terselamat: tahanan itu sama ada lemas atau mati ditimpa oleh berat tubuh manusia.
Tetapi ketika mana karya Ampannee telah mengkaji identiti melalui jantina, agama dan konflik, beliau berhujah bahawa kepentingannya melangkau sempadan Thailand Selatan.
"Karya saya -- terutamanya yang terbaru --- bukan saja berhubung dengan pengalaman tempatan. Seni saya adalah universal. Ia bukan semata-mata seorang wanita Thai dalam pakaian mereka."
Beberapa hari selepas perasmian, Ampanee memandang keluar tingkap kereta beliau dengan melihat kesibukan jalan-jalan Bangkok yang sesak dan bising. "Terdapat restoran berhampiran yang menyediakan masakan Pattani," katanya mesra.
Dalam dunia yang mana terdapat ramai wanita Islam dari pelbagai bangsa, bahasa dan warna menghadapi penindasan dalam berbagai bentuk, usaha mencari bahasa sama dalam seni seringkali adalah perlu jika seseorang hendak mengekalkan kewarasan, iaitu lebih daripada mengatasi kekerasan dan tragedi.
*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
#agama #Ampanee Satoh #Ceritalah ASEAN #fotografi #Karim Raslan #Thailand
;