MINGGU ini dunia belajar dari Hong Kong.

"Kebebasan kami dan hak kami semakin hilang. Ini bukan gerakan "Occupy" (Menduduki) pada tahun 2014. Ketika itu, orang awam tidak yakin. Kali ini, keadaannya berbeza. Banyak orang berasakan mereka tiada pilihan; bahawa mereka perlu berdemonstrasi untuk mengekalkan cara hidup mereka sekarang dan autonomi kami."

Clara (bukan nama sebenar) adalah seorang aktivis.

Suaranya dipadukan dengan kesemua semangat dan tenaga seorang siswazah berusia 24 tahun.

Walaupun bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya - beliau lebih selesa bercakap Kantonis - beliau bertutur dengan fasih dan bersungguh, tidak sepadan dengan usianya. Malah ia seolah-olah seperti suis yang dihidupkan, dan kata-kata keluar dari mulutnya.

"Kami bukan orang Tanah Besar. Kami adalah orang Hong Kong." Bagi Clara, ia adalah jelas kebenaran yang tidak boleh dinafikan: sesuatu yang muktamad dan tidak boleh dirunding.

Bagaimanapun, bagi pihak berkuasa berpangkalan di Beijing, pandangan seumpama itu adalah suatu yang tidak dapat diterima. Mereka menganggap negara kota itu sebagai sebahagian daripada China.

Sungguhpun begitu, Clara nampak bukti keterasingan Hong Kong di mana-mana.

"Kami adalah sangat bertamadun dan berdisiplin. Sebagai contoh, walaupun kami membantah, kami menghormati aturan awam."

Rakyat Hong Kong – yang telah berdemonstrasi di jalanan sejak Mac tahun ini - sedang mendesak Ketua Eksekutif mereka Carrie Lam Cheng Yuet-ngor untuk membatalkan Rang Undang-undang Ekstradisi. Foto Clara/Ceritalah

Menurut Clara, demonstrasi besar dua juta orang Ahad lalu dipacu oleh kebimbangan eksistensial bahawa keistimewaan khas yang dinikmati oleh orang Hong Kong (dan termaktub dalam Undang-undang Asas) diancam akan dihapuskan oleh apa yang dipanggil sebagai Rang Undang-undang Ekstradisi yang dikemukakan oleh Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, Ketua Eksekutif wilayah itu.

Rang Undang-undang itu (secara rasmi disebut sebagai "Rang Undang-undang Legislasi Pesalah Lari dan Bantuan Perundangan Bersama dalam Ehwal Jenayah 2019") yang dihujahkan bukan saja mencetuskan ketakutan bahawa ia akan memudahkan tekanan politik oleh kerajaan Tanah Besar, tetapi juga menghidupkan semula kebimbangan yang berakar mendalam terhadap kehilangan hak demokratik yang telah diperolehi dengan sukar dan malahan terhadap identiti unik pulau itu.

"Dalam tahun 2014, kami berjuang untuk hak-hak yang kami seharusnya sudah miliki. Bantahan baru-baru ini dilakukan adalah lebih kepada mendokong cara hidup asal kami. Sudah 22 tahun British meninggalkan kami dan mereka (kerajaan China) mahu mengambil hak-hak kami."

Malah, nampaknya ia adalah perasaan serupa di kalangan para pembantah.

Bagaimanakah kami tahu? Mereka telah membincangkannya.

Clara adalah sebahagian daripada suatu fenomena unik -- suatu gerakan yang tidak memiliki pemimpin jelas yang dapat dikenali, tidak seperti bantahan gerakan Occupy/Payung 2014 yang kelihatannya dipimpin oleh Joshua Wong.

Sebaliknya, pembantah Hong Kong 2019 kelihatannya dipacu dari bawah ke atas.

Ia adalah seolah-olah sebahagian daripada sarang lebah, yang memberikan respons terhadap pencerobohan suatu pemangsa.

Seni jalanan yang menggambarkan keganasan polis dilihat di beberapa lokasi di sekitar Hong Kong semasa protes pada 12 Jun. Foto Clara/Ceritalah

Tentunya, mereka sentiasa dalam perhubungan di antara sama lain, bersambung melalui aplikasi mesej yang disembunyikan seperti Telegram untuk menggagalkan pemantauan digital yang dilaporkan hebat dilakukan oleh kerajaan China.

Maka, apakah maksud semuanya ini bagi kita di Asia Tenggara?

Pertama: tahu tidak? Orang Hong Kong juga mempunyai perasaan.

Untuk bertahun-tahun lamanya, banyak orang fikir bahawa penduduk negara kota itu tidak peduli dan tidak minat dalam politik. Ini kerana cara keras Xi Jinping (melalui orang yang dianggap proksinya, Lam) telah menyebabkan mereka "mengambil berat" dan kini mereka amat terlibat.

Dalam banyak cara, perjuangan mereka adalah untuk kewujudan. Pada Februari 2019 tahun ini, adalah dilaporkan bahawa GDP Hong Kong berkembang hanya 3 peratus kepada HKD2.85 trilion berbanding kepada 7.6 peratus (HKD2.87 trilion) di Shenzhen (Lembah Silikon China) berdekatan.

Banyak daripada pembantah itu berasa bahawa kebebasan terhad yang dinikmati Hong Kong itu hanya satu-satunya perkara yang membezakan mereka dengan bandar raya lain yang berdekatan.

Jika ia dihapuskan, dan apakah yang ada pada Hong Kong?

Kesediaan mereka untuk bangkit mempertahankan kebebasan dan identiti mereka adalah satu ingatan pada pemimpin dan rakyat Asia Tenggara: perkara-perkara ini adalah suatu yang berharga untuk diperjuangkan.

Apakah makna perkara ini bagi 1.2 bilion penduduk China yang lain? Tentunya mereka kelihatan patuh pada masa ini. Tetapi jangan menyangka bahawa mereka akan terus patuh pada masa akan datang, terutama jika mereka rasa pemimpin mereka tidak menghargai mereka.

Anggota polis berbaris di hadapan pintu masuk bangunan perundangan ketika penunjuk perasaan semakin ramai di kawasan itu, cuba memasuki bangunan itu. Foto Clara/Ceritalah

Kedua, suka atau tidak. Gambaran kekebalan Xi mengalami tamparan. Adalah tidak lama dahulu bahawa terdapat pihak mengiisytiharkan beliau sebagai "Maharaja Xi."

Adakah perkara ini merupakan suatu tamparan memalukan atau hanya cuitan kecil bagi "pemimpin agung"? Hanya masa akan menentukan.

Bagaimanapun, kesusahan China dalam perang dagang dengan AS hanya menjejaskan lagi reputasi beliau. Malah seseorang mesti berasa sedikit simpati padanya kerana terpaksa berdepan dengan Presiden Amerika Donald Trump yang cakap tidak benar dan berlagak membuli.

Sejak percaturan kasih orang Asia Tenggara, kami pastinya terfikir bagaimana rakan-rakan seperjuangan Xi Jinping dalam Parti Komunis menilai strategi " lingxiu" (Ketua) mereka.

Adalah tidak menghairankan, suatu penentang dalaman yang baru tumbuh sedang dikatakan terbentuk di kalangan mereka yang menyokong pendekatan mendiang Deng Xiaoping yang lebih terkawal terhadap geopolitik dan diplomasi.

Perkara ini patut menjadi satu amaran kepada pendokong China dalam rantau kita: apa yang dipanggil sebagai "Konsensus Beijing" adalah tidak maksum atau tanpa kesilapan.

Ia tentunya bukan suatu kepastian.

Sebelum demonstrasi besar pada Ahad, seorang penunjuk perasaan maut selepas terjatuh dari jambatan, ketika dia cuba hendak menggantung kain rentang membantah rang undang-undang itu. Foto Clara/Ceritalah

Ketiga dan akhirnya, Xi Jinping perlu menunjukkan bahawa beliau bukanlah kuasa yang sudah berada hampir pada penghujungnya.

Dengan itu, saya harap para peserta demonstrasi bersedia untuk memberikan "muka" pada China.

Jika mereka memilih untuk tidak bertolak ansur dalam tuntutan mereka, hasil akhirnya ialah kehadiran peralatan PLA di Nathan Road.

PRC mempunyai kepentingan tetap. Perkara-perkara ini tidak ada kompromi.

Apa yang akan berlaku kemudian; sama ada bantahan 2019 akan menandakan suatu era baharu bagi Hong Kong dan China, atau berakhir dengan satu ladi tragedi gaya Medan Tiananmen, ia amat bergantung pada kedua pihak.

Semangat dan idealisme orang Hong Kong muda seperti Clara yang turun ke jalan raya mesti juga disekalikan dengan realisme dan pragmatisme.

Penangguhan Rang Undang-undang Ekstradisi yang tidak ditetapkan penghujungnya bermakna mereka dihujahkan telah "menang" dalam "pertempuran" pertama mereka. Memenangi perdamaian dengan bermaruah bagi pulau kediaman mereka yang tercinta akan memerlukan kearifan dan fakta.

Bagi pemimpin China, bantahan itu merupakan suatu cabaran -- tetapi juga merupakan peluang.

Ia adalah suatu peluang untuk menunjukkan bukan saja pada rakyat Hong Kong dan Tanah Besar --- tetapi juga dunia, khususnya Asia Tenggara -- bahawa mereka mempunyai lebih banyak dalam simpanan senjata mereka dan bukan hanya taktik lemparan keras.

Bahawa cakap-cakap "kebangkitan aman" China adalah lebih daripada retorik yang mengelirukan.

Adakah salah satu pihak itu mempunyai imaginasi dan fleksibiliti?

Kepala dingin mesti menguasai kedua-dua pihak. Kami tentunya berharap dan berdoa mereka berbuat demikian.


* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.