CEO Twitter Jack Dorsey akan berundur - Sumber
Reuters
November 29, 2021 00:12 MYT
November 29, 2021 00:12 MYT
KETUA Eksekutif (CEO) Twitter Inc, Jack Dorsey dijangka akan mengundurkan diri dengan penggantinya sudah dikenal pasti, kata sumber kepada Reuters.
Lembaga pengarah syarikat itu dikatakan telah bersiap sedia untuk pengunduran Dorsey sejak tahun lepas, kata sumber itu lagi.
Berita itu muncul ketika Twitter mempercepatkan inovasi produknya sepanjang tahun lalu untuk bersaing antaranya dengan Facebook dan TikTok, dan untuk mencapai matlamatnya menggandakan hasil tahunan menjelang 2023.
Twitter bagaimanpun belum memberi sebarang kenyataan buat masa ini.
Saham Twitter melonjak sembilan peratus pada dagangan awal, manakala saham firma pembayaran digital Square Inc yang mana Dorsey turut menjadi CEO meningkat tiga peratus.
Dagangan saham itu kemudiannya digantung menjelang jangkaan pengumuman berkaitan perkara itu.
Dalam ciapan terbaharunya pada 28 November, Dorsey berkata: "Saya suka twitter". Tanda "suka" pada tweet itu melonjak kepada lebih 54,000 pada Isnin.