CEO Toshiba, Nobuaki Kurumatani umum letak jawatan
Agensi
April 14, 2021 00:13 MYT
April 14, 2021 00:13 MYT
TOKYO: Nobuaki Kurumatani akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toshiba Corp ketika isu kepimpinannya heboh diperkatakan sekali gus mencetus keraguan di syarikat dan kalangan pelabur.
Beliau akan digantikan Satoshi Tsunakawa, yang dilihat lebih meyakinkan dan mempunyai hubungan lebih baik dengan para pelabur.
Rombakan melibatkan syarikat elektronik itu berlaku ketika berita cadangan syarikat ekuiti swasta CVC Capital Partners untuk menjadikan syarikat itu sebagai kumpulan industri swasta di Jepun, hangat diperkatakan.
Ketika ini, Toshiba belum mengumumkan tarikh atau agenda untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa, namun syarikat telah memutuskan untuk menubuhkan pasukan khas untuk mempertimbangkan tawaran CVC setelah cadangan rasmi dibuat.
Kurumatani dilantik sebagai CEO pada tahun 2018, sebagai pemimpin luar pertama yang pernah mengurus saham-saham mewah untuk tempoh lebih setengah abad.