CEO Pfizer positif COVID-19 kali kedua
Sinar Harian
September 25, 2022 07:00 MYT
September 25, 2022 07:00 MYT
NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla dijangkiti COVID-19 buat kali kedua.
Bourla, 60, disahkan positif buat kali pertama pada Ogos lalu dan telah menerima rawatan antiviral COVID-19 syarikat itu, Paxlovid.
Paxlovid adalah ubat antivirus yang digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti warga emas.
Sebelum ini, Bourla telah menerima empat dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan Pfizer dan rakan kongsi dari Jerman iaitu BioNTech. - Agensi/Sinar Harian