CEO Pfizer disah positif COVID-19

Agensi
Ogos 16, 2022 23:50 MYT
Bourla berkata, beliau kini mengasingkan diri dan mematuhi semua langkah berjaga-jaga kesihatan awam, dan yakin akan pulih dengan cepat. - Gambar fail/ FB @DzVetDrs
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc. Albert Bourla mendedahkan beliau disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan menggunakan ubat antiviral Paxlovid dihasilkan syarikatnya.
Bourla berkata, beliau mengalami simptom yang sangat ringan dan berasa sihat, menurut satu kenyataan ringkas di laman Twitternya.
Beliau telah menerima empat dos vaksin COVID-19, juga dibuat oleh Pfizer dengan kerjasama BioNTech SE, lapor Bloomberg.

I would like to let you know that I have tested positive for #COVID19. I am thankful to have received four doses of the Pfizer-BioNTech vaccine, and I am feeling well while experiencing very mild symptoms. I am isolating and have started a course of Paxlovid.

— Albert Bourla (@AlbertBourla) August 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bourla adalah salah seorang daripada ramai yang telah dijangkiti COVID-19 walaupun telah menerima vaksinasi penuh dan dos penggalak di seluruh dunia.
Bourla berkata, beliau kini mengasingkan diri dan mematuhi semua langkah berjaga-jaga kesihatan awam, dan yakin akan pulih dengan cepat.
#CEO Pfizer positif COVID-19 #Albert Bourla #paxlovid #vaksinasi penuh
;