CEO NVIDIA sasar AI lepasi tahap berfikir seperti manusia dalam tempoh 5 tahun lagi

Amanz
Mac 4, 2024 09:50 MYT
Jensen Huang bercakap pada satu forum di Taipei, Taiwan, 29 Mei 2023. - Gambar fail REUTERS
CEO NVIDIA Jensen Huang kini menyasarkan kecerdasan buatan akan dapat mengatasi serta melepasi tahap ujian manusia atau berfikir seperti manusia dalam tempoh sekitar lima tahun lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya soalan berapa lamakah tempoh yang akan diambil oleh kecerdasan buatan untuk berfikir seperti manusia.
Pada hari ini, tahap berkenaan dikenali sebagai AGI atau Artificial General Intelligence. Bagaimanapun, turut ditekankan, definisi AGI masih tidak begitu jelas buat masa ini.
Sekiranya mengikut definisi semasa untuk melepasi tahap berfikir seperti manusia, maka ia mungkin dapat dicapai dalam tempoh sekitar lima tahun lagi.
Bagaimanapun, terdapat saintis yang masih tidak bersetuju dengan definisi yang disediakan – memandangkan masih sukar untuk menerangkan bagaimana minda manusia beroperasi.
Pada hari ini, kecerdasan buatan sedia melepasi sejumlah ujian dan peperiksaan, termasuk melibatkan perundangan.
Namun, ia masih menghadapi masalah untuk melepasi ujian perubatan dan beberapa yang lain.
#NVIDIA #kecerdasan buatan #berfikir seperti manusia #Jensen Huang
;