CEO Facebook, Twitter beri keterangan berkaitan Pilihan Raya Presiden AS
Agensi
November 17, 2020 00:26 MYT
November 17, 2020 00:26 MYT
WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Jack Dorsey memberikan penjelasan di hadapan Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat pada Selasa.
Kedua-dua individu berkenaan dipanggil bagi memberi keterangan menerusi sidang video berkaitan isu kandungan yang dikeluarkan sewaktu berlangsungnya Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Dalam beberapa minggu selepas pilihan raya itu, syarikat media sosial berkenaan didakwa berdepan dengan gelombang koleksi maklumat yang tidak tepat di platform mereka.
Penyebaran maklumat yang tidak tepat itu sekali gus menimbulkan keraguan kepada Presiden Donald Trump dan sekutunya mengenai integriti dan tanggapan terhadap pegawai pilihan raya negeri dan persekutuan.
Pada 29 Oktober 2020, Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat telah memanggil Zuckerberg, Dorsey dan Sundar Pichai dari Google Inc.
Mereka dikaitkan dengan propaganda membabitkan demokrasi dan kebebasan bersuara di negara itu.
#Donald Trump
#Mark Zuckerberg
#Jack Dorsey
#Twitter
#Facebook
#CEO
#AS
#media sosial
#Amerika Syarikat
#pilihan raya
#presiden
#Jawatankuasa Senat Amerika