Central World Bangkok dibuka semula

Bernama
April 11, 2019 05:17 MYT
Pusat beli-belah Central World yang terbakar pada Rabu dijadual dibuka semula pada Jumaat. -Gambar fail/Reuters
Pusat membeli-belah Central World yang terbakar pada Rabu akan dibuka semula Jumaat selepas pihak berkuasa tempatan selesai melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas bangunan dan kawasan sekitarnya, menurut operator pusat berkenaan pada Khamis.
Menurut Naib Presiden Eksekutif (Pemasaran) Central Pattana Pl (CPN), Nattakit Tangpoonsinthana, bangunan dan kawasan sekitarnya disahkan selamat.
Dalam kenyataan, beliau berkata pihaknya telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Kerja Raya, Institut Kejuruteraan Thailand, Pihak Pentadbiran Metropolition Bangkok dan Pejabat Sains Forensik serta polis dalam pemeriksaan bangunan tersebut.
"Pusat beli belah tersebut ditutup hari ini kerana kerja-kerja pembersihan dan akan dibuka semula esok," katanya.
Pejabat dan hotel di bangunan itu, bagaimanapun, dibuka semula Khamis.
Nattakit berkata CPN akan mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden itu dan akan membantu keluarga mangsa yang terbunuh dan mereka yang cedera dalam kejadian petang Rabu itu.
Dalam kebakaran yang dipercayai bermula di aras lapan bangunan itu telah mengorbankan dua orang dan sekurang-kurangnya 17 cedera.
Dua mangsa yang terkorban itu dipercayai terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri.
#Central Pattana Pl #Central World Bangkok #kebakaran bangunan #Nattakit Tangpoonsinthana #pusat beli belah terbakar
;