Cedars-Sinai dipilih sebagai salah satu tempat simpan vaksin
Agensi
November 25, 2020 12:15 MYT
November 25, 2020 12:15 MYT
CALIFORNIA: Hospital di seluruh Amerika Syarikat bersiap sedia menerima vaksin COVID-19, sebaik sahaja ia diluluskan dan boleh digunakan.
Di Los Angeles, pusat perubatan Cedars-Sinai dipilih sebagai salah satu tempat pengedaran vaksin kerana kemampuannya menyimpan vaksin pada suhu sejuk melampau.
Penyejuk bekunya boleh menyimpan ubat dengan suhu serendah negatif 80 darjah Celsius.
Petugas barisan hadapan akan menjadi antara yang pertama diberi vaksin.
Setakat ini, terdapat tiga pengeluar yang sudah berjaya menghasilkan vaksin.
Minggu ini, vaksin Oxford-Astrazeneca umum 90 peratus berkesan untuk mencegah COVID-19 dalam salah satu rejimen dos yang diuji.
Pada awal November juga, pesaingnya Pfizer dan Moderna melaporkan, hasil awal daripada percubaan peringkat akhir menunjukkan vaksin mereka hampir 95 peratus berkesan.
Vaksin Astrazeneca dikatakan dapat disimpan pada suhu 36 darjah selsius hingga 46 darjah selsius manakala produk Pfizer dan BioNTech serta Moderna perlu penyimpanan di bawah suhu sejuk beku.
#Pusat Perubatan Cedars-Sinai
#COVID-19
#vaksin
#suhu sejuk beku
#Pfizer
#BioNTech
#Moderna
#Los Angeles