AS catat 109,000 kes kematian akibat ambil dadah berlebihan pada 2022 - CDC

Bernama
Februari 16, 2024 11:50 MYT
Menurut CDC, dari bulan Januari-Jun 2020 hingga Julai-Disember 2022, peratusan kematian meningkat sebanyak 73.7 peratus. - Gambar fail REUTERS
LOS ANGELES: Kematian akibat mengambil dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS) melebihi 109,000 kes pada tahun 2022, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Khamis.
Hampir 70 peratus daripada jumlah korban itu melibatkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.
Menurut CDC, dari bulan Januari-Jun 2020 hingga Julai-Disember 2022, peratusan kematian meningkat sebanyak 73.7 peratus.
Memperkukuh dan memperluas perkhidmatan kesihatan awam untuk mengatasi risiko pengambilan bahan itu secara berlebihan mungkin dapat mengurangkan risiko kematian.
-- BERNAMA
#Dadah #dadah berlebihan #kes kematian #CDC AS
;