Cari 'angle' baik nak berswafoto, wanita sudahnya dicakar jaguar
Asyraf Roslan
Mac 11, 2019 16:27 MYT
Mac 11, 2019 16:27 MYT
Malang tidak berbau.
Niat seorang wanita ingin berswafoto bersama seekor jaguar bertukar tragedi apabila dia diserang oleh haiwan karnivor tersebut di sebuah zoo di Arizona.
Wanita itu dikatakan sanggup mencerobohi kawasan larangan hanya kerana mahu mengambil swafoto.
Dalam kejadian yang berlaku Sabtu lalu, wanita berkenaan di cakar pada bahagian lengan akibat berdiri terlalu rapat dengan kurungan haiwan itu.
Namun, dia bernasib baik kecederaan yang dialami tidak serius sehingga boleh membawa maut.
Memetik laporan media antarabangsa, Pengarah Wildlife World Zoo Mickey Ollson, jaguar tersebut sebelum ini turut menyerang seorang lagi pengunjung zoo yang berada terlalu dekat dengan kurungannya.
Menurut Ollson, insiden yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia dan haiwan tersebut tidak akan dimatikan.