Canselor Jerman Angela Merkel tidak dijangkiti COVID-19
Astro Awani
Mac 23, 2020 05:33 MYT
Mac 23, 2020 05:33 MYT
Canselor Jerman Angela Merkel disahkan tidak dijangkiti COVID-19, menurut jurucakap kerajaan.
Terdahulu, pada Jumaat, doktor yang memberikan vaksin pneumokokus kepada Merkel dilapor dijangkiti koronavirus itu.
Merkel yang dimaklumkan tentang perkara itu kemudian terus mengasingkan dirinya pada Ahad.
Merkel bagaimanapun akan terus menjalani ujian berkala dalam beberapa hari lagi.