Campak anak 3 tahun dalam kandang beruang, ibu berdepan cubaan membunuh

Astro Awani
Februari 3, 2022 18:22 MYT
Kejadian pada Ahad lalu itu dirakam kamera litar tertutup yang memaparkan pada mulanya wanita itu mengangkat anaknya untuk berdiri di sebalik jeriji penghadang kandang. - Foto Facebook/ZooTashkent
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami gegaran otak dan kecederaan di kepala selepas dicampak oleh ibunya ke dalam kandang beruang di Zoo Tashkent, Uzbezkistan.
Kejadian pada Ahad lalu itu dirakam kamera litar tertutup yang memaparkan pada mulanya wanita itu mengangkat anaknya untuk berdiri di sebalik jeriji penghadang kandang.
Secara tiba-tiba, dia menolak anaknya ke dalam kandang itu yang sekali gus mengejutkan pengunjung lain yang ada berdekatan.
Beruang itu kemudian dilihat berlari ke arah kanak-kanak itu lalu mencium sebelum mengancamnya.
Dalam masa beberapa minit, petugas zoo kemudian masuk ke kandang itu lalu menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Masih belum jelas kenapa wanita itu bertindak menolak anaknya ke dalam kandang beruang itu.
Kes itu diklasifikasikan sebagai kes jenayah sebagai cubaan membunuh dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 tahun.
#campak anak #kandang beruang #Zoo Tashkent #cubaan membunuh
;