Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama

Astro Awani
Jun 18, 2024 08:20 MYT
Orang ramai melihat debat calon Pilihan Raya Presiden yang disiarkan secara langsung di Tehran. - Foto REUTERS
TEHRAN: Enam calon Presiden Iran pada Isnin berdebat membincangkan masalah ekonomi negara itu dalam siaran langsung empat jam di TV kerajaan.
Ia menjelang Pilihan Raya Presiden 28 Jun ini susulan nahas helikopter bulan lalu yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan tujuh yang lain.
Ia adalah siri debat pertama daripada lima perbahasan yang dirancang dalam baki 10 hari sebelum pengundian seiring tempoh kempen yang dipendekkan bagi menggantikan Raisi.
Calon-calon itu membincangkan cadangan dan rancangan mereka untuk meningkatkan ekonomi Iran yang ketika ini bergelut di bawah sekatan dari Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara barat yang lain.
Mereka semua berjanji akan mencuba dan menarik balik sekatan dan memperkenalkan pembaharuan tetapi tidak ada yang memberikan sebarang butiran.
Calon juga membincangkan isu inflasi, defisit bajet, masalah perumahan Iran dan cara memerangi rasuah.
#debat #ekonomi #pilihan raya presiden #Ebrahim Raisi
;