Cadangan larangan pemakaian burqa di Sri Lanka dikritik
Astro Awani
Mac 14, 2021 21:59 MYT
Mac 14, 2021 21:59 MYT
COLOMBO: Pemimpin Kanan Majlis Muslim Sri Lanka mengkritik rancangan kerajaannya menguatkuasakan larangan pemakaian burqa di negara itu.
Pada masa sama, Hilmy Ahamed turut membidas cadangan penutupan lebih 1,000 sekolah agama yang didakwa kerajaan negara tersebut sebagai melanggar dasar pendidikan kebangsaan.
Kata Hilmy, cadangan itu merupakan ancaman kepada hak setiap warganegara.
Jelasnya lagi, pemakaian burqa adalah merupakan pilihan dan hak seseorang selain memakai pelitup muka susulan pandemik COVID-19.
Cadangan itu sebelum ini dibuat Menteri Keselamatan Awam Sri Lanka, Sarath Weerasekara yang telah menandatangani kertas cadangan berkenaan dan menyerahkan kepada kabinet untuk memutuskan.
Dakwa Weerasekara, pemakaian burqa memberi impak keselamatan negara.
Sri Lanka pernah melaksanakan larangan sementara pemakaian burqa pada 2019 susulan serangan kumpulan ekstremis di gereja dan hotel di negara itu yang mengorbankan lebih 260 orang.
Untuk rekod, kira-kira 9 peratus daripada 22 juta penduduk Sri Lanka adalah beragama Islam.
#Sri Lanka
#keselamatan
#Islam
#sekolah
#kabinet
#kerajaan
#COVID-19
#pelitup muka
#pandemik
#burqa
#Hilmy Ahamed
#Sarath Weerasekara