Cadangan baharu gencatan senjata terlalu ikut kehendak Israel - Hamas

Astro Awani
Ogos 18, 2024 07:45 MYT
Rakyat Palestin melarikan diri dari kem pelarian Maghazi selepas diarah berbuat demikian oleh tentera rejim Zionis Israel. - Foto AP
KAHERAH: Pejuang Hamas berkata cadangan dalam rundingan gencatan senjata baharu terlalu memihak kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Pejuang Hamas telah menerima cadangan baharu itu daripada pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat selepas rundingan dua hari di Doha.
Bagaimanapun, Hamas berkata cadangan baharu itu sejajar dengan kehendak Netanyahu yang enggan menamatkan perang dan mengundurkan tentera Israel dari Gaza termasuk dari sempadan dengan Mesir.
Ini merupakan dua syarat yang dilihat Hamas sebagai asas bagi sebarang perjanjian.
Hamas berkata, pihaknya menganggap Netanyahu bertanggungjawab sepenuhnya untuk menggagalkan usaha pengantara dan menangguhkan perjanjian.
Justeru, Hamas menyeru pengantara memikul tanggungjawab mereka dan memaksa Israel untuk melaksanakan apa yang telah dipersetujui.
Hamas menambah bahawa pihaknya komited sepenuhnya kepada cadangan semasa Julai lalu.
#gencatan senjata #Hamas #Benjamin Netanyahu #perjanjian
;