Cacar monyet: Mexico sahkan kes import pertama

Bernama
Mei 29, 2022 11:20 MYT
Kes itu melibatkan individu berusia 50 tahun, penduduk tetap di New York City, yang mungkin dijangkiti virus itu di Belanda. - Foto fail/REUTERS
BANDARAYA MEXICO: Pihak berkuasa kesihatan Mexico pada Sabtu mengesahkan kes import pertama cacar monyet, lapor Xinhua.
"Kes itu melibatkan individu berusia 50 tahun, penduduk tetap di New York City, yang mungkin dijangkiti virus itu di Belanda.
"Dia dalam keadaan stabil dan kini menjalani pengasingan," kata Timbalan Setiausaha Pencegahan dan Promosi Kesihatan, Hugo Lopez-Gatell.
--BERNAMA
#cacar monyet #kes import #Mexico #Hugo Lopez-Gatell
;