Cacar monyet: Jumlah kes di Perancis meningkat kepada 33 kes
Astro Awani
Jun 3, 2022 10:45 MYT
Jun 3, 2022 10:45 MYT
PARIS: Jumlah kes cacar monyet yang disahkan di Perancis meningkat kepada 33 kes, pada Khamis.
Menurut Badan Kesihatan Awam Perancis (SPF), daripada jumlah itu 24 kes dikesan di wilayah Paris.
Katanya jumlah itu meningkat daripada 17 kes yang disahkan pada 30 Mei lalu.
Cacar monyet adalah virus yang boleh menyebabkan gejala termasuk demam, sakit dan ruam beralun yang tersendiri.
Lebih daripada 550 kes cacar monyet yang disahkan telah dilaporkan oleh sekurang-kurangnya 30 negara di luar Afrika di mana virus itu biasanya ditemui.