Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi

Astro Awani
Ogos 9, 2022 09:10 MYT
Vaksin yang digunakan ialah Jynneos, vaksin cacar yang dibuat oleh Bavarian Nordic dan diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah. - Foto REUTERS
ITALI pada Isnin melancarkan kempen vaksinasinya terhadap cacar monyet susulan bilangan kes yang meningkat di negara itu.
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan negara itu mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.
Kempen vaksinasinya dimulakan lebih sebulan selepas negara lain yang mencatatkan jumlah kes lebih tinggi, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Sepanyol.
Vaksin dan rawatan mengalami kekurangan bekalan dan kes cacar monyet seringkali diketepikan untuk diuruskan di klinik kesihatan seksual yang kekurangan dana.
Hospital Spallanzani di Rom berkata, pihaknya sudah mempunyai 200 individu yang akan diberi vaksin mulai Isnin serta 600 permintaan untuk tempahan.
Vaksin yang digunakan ialah Jynneos, vaksin cacar yang dibuat oleh Bavarian Nordic dan diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah untuk perlindungan daripada cacar monyet
Vaksinasi juga akan bermula di ibu negara kewangan Itali, Milan, pada Khamis.
Wilayah Lazio yang mengelilingi Rom menerima 1,200 dos vaksin, manakala Lombardy menerima 2,000 dos, Emilia-Romagna menerima 600 dos dan Veneto menerima 400 dos.
Virus itu terus disebarkan sebahagian besarnya dalam kalangan lelaki gay dan biseksual, yang merebak di luar negara yang endemik sejak Mei lalu.
Cacar monyet, disebarkan terutamanya melalui kontak rapat, menyebabkan kudis yang dipenuhi nanah dan gejala seperti selesema.
Kini terdapat 26,500 kes penyakit itu di seluruh dunia, di negara-negara selain di mana ia biasanya merebak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam global yang membimbangkan.
Kes pertama di Itali direkodkan pada 20 Mei 2022.
#cacar monyet #vaksinasi #vaksin Jynneos #Itali
;