Cacar monyet: Brazil sahkan kematian pertama

Astro Awani
Julai 29, 2022 07:40 MYT
Mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai imuniti rendah dan komorbiditi. - Gambar hiasan
BRASILIA: Kementerian Kesihatan Brazil mengesahkan kematian pertama negara itu berkaitan cacar monyet.
Dalam satu sidang media, Setiausaha Eksekutif Kementerian Kesihatan, Daniel Pereira berkata mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai imuniti rendah dan komorbiditi.
Punca kematian yang diberikan adalah renjatan septik, diburukkan lagi dengan jangkitan cacar monyet.
Jelas Pereira, terdapat petunjuk bahawa sebab kematian berkaitan dengan virus itu dan pihaknya sedang menyiasat kelaziman komorbiditi ini dalam jangkitan berkenaan.
Brazil setakat ini mencatatkan 1,066 kes cacar monyet di 16 negeri, kebanyakannya di São Paulo.
#cacar monyet #kematian #imuniti rendah #komorbiditi
;